Sponsoring the web

Sunday, April 10, 2011

Mesyuarat AJK Biro ICT Masjid As-Syakirin dengan ITU-UUM

Pada 13 Mac 2011, pihak Jawatan Kuasa Biro ICT Masjid As-syakirin telah mengadakan mesyuarat dengan pihak International Telecomunication Union- Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Perbincangan ialah berkenaan program kedua-dua pihak untuk mengadakan satu majlis pelancaran Pusat Akses Internet Komuniti, Masjid As-syakirin, Oran. Pihak ITU-UUM telah menyumbangkan 8 unit komputer untuk tujuan ini kepada Pusat Akses Internet Masjid A-syakirin. Hasil perbincangan, Masjid dan ITU-UUM telah bersetuju untuk mengadakan majlis pelancaran pada 2 April 2011 nanti bertempat di Masjid As-syakirin, Oran.

Bergambar di salah satu bangunan akademik UUM



Suasana dalam bilik mesyuarat di pajabat ITU-UUM




Selepas mesyuarat, semua rombongan AJK Masjid melawat pusat Internet Masjid Kampung tersusun di Sintok seperti disyorkan oleh ITU-UUM.

Thursday, March 17, 2011

Pembukaan bilik akses komuniti Masjid As-Syakirin


Baru2 ini pihak International Telecomunication Union UUM telah memberi sumbangan sebanyak 8 unit komputer kepada masjid. Sebuah bilik akses komuniti telah ditubuhkan dan dikendalikan oleh belia2 kariah masjid. Semua orang tak kira bangsa dan agama dijemput untuk menggunakan kemudahan capaian internet di bilik ini dari jam 5-10 malam dan dari 10pagi - 10 malam bagi hari ahad dan sabtu.

Wednesday, January 19, 2011

Lawatan dan Perjumpaan Khas Pensyarah dan Pegawai dari UUM, Sintok ke Masjid

Tarikh : 17 Januari 2011
Butir perjumpaan:- Membincangkan bantuan teknikal dan fizikal oleh UUM berkaitan ICT. Masjid As-Syakirin, Oran mengalu-alukan kehadiran wakil2 dari UUM, Sintok.

Sunday, December 12, 2010

Biro belia masjid membantu mangsa banjir Perlis Nov 2010

Bergambar bersama Dr Saifullah(tiga dari kiri) dari HKL mewakili ABIM Pusat - melalui Skuad ABIM Prihatin yang meninjau dan membantu mangsa banjir di Negeri Perlis pada Nov. 2010


Perbincangan dengan skuad pemeriksaan kesihatan di bawah NGO Haluan diketuai oleh En. Khairul Annuar, ahli farmasi.





Taklimat oleh Dr Saifullah di Mata Ayer Homestay, Jejawi sebelum bergerak ke lapangan.





AJK Biro Belia membantu mangsa banjir di Kedah

Tiga orang remaja dari kariah masjid As-syakirin, Oran telah menyertai satu kerja amal melalui ABIM Negeri Perlis di bawah program Majlis Belia Negeri Perlis pada Novembar 2010. Program ini bertujuan membantu mangsa banjir di sekitar negeri Kedah. Program satu hari ini turut disertai oleh wakil-wakil NGO negeri yang lain. Biro Belia Masjid As-syakirin, Oran mengucapkan ribuan terima kasih kepada tiga orang anak muda tersebut yang sudi untuk mengorbankan masa menyertai program ini. Diharapkan selepas ini akan ramai lagi remaja yang turut serta dalam program kebajikan seperti ini.
Tiga orang sukarelawan yang sangat komited dilahirkan di Kariah Masjid As-syakirin, dari kanan, Ahmad, Zariq dan Zulfadhli


Barang-barang yang perlu dicuci di salah sebuah rumah mangsa banjir.
Sukarelawan 'in action'

Membersihkan salah sebuah kelas di sekolah yang kena banjir di Megat Dewa, Kedah


Sekolah ini yang menjadi destinasi pertama rombongan sukarelawan belia dari Perlis

Sunday, September 19, 2010

Aktiviti Tadarus Ramadhan 2010

Biro belia dan remaja Masjid As-Syakirin, Oran mengucapkan ribuan terima kasih kepada remaja dan belia yang sudi untuk sama2 istiqamah dalam program tadarus yang di jalankan setiap malam sepanjang Ramadhan yang lalu.


Tidak lupa juga kepada penyumbang yang sudi untuk memberikan sedikit saguhati kepada peserta2 tadarus.


Seramai 13 orang remaja yang terlibat dan diharapkan ada penambahan bagi tahun
hadapan.

Tuan Imam, Ustaz Ya'ali bin Dahaman menyerahkan saguhati penghargaan kepada remaja yang terlibat.
Semua peserta membuat bulatan besar di tengah2 masjid, untuk majlis khatam Al-Quran.
Majlis Khatam Al-Quran bersama semua peserta termasuk golongan tua dan muda.
Sesi bergambar selepas penangguhan majlis.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...