Sponsoring the web
Showing posts with label belia masjid Oran Perlis. Show all posts
Showing posts with label belia masjid Oran Perlis. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Taklimat AgroMarin Sdn Bhd kepada pesawah kariah masjid As-syakirin, Oran

Taklimat meningkatkan hasil padi disampaikan sendiri oleh Dr Shaharudin, pakar kimia dari Agromarin Sdn Bhd.
Banyak ilmu yang dapat daripada taklimat tersebut.



Kehadiran yang agak memberangsangkan






Thursday, March 17, 2011

Pembukaan bilik akses komuniti Masjid As-Syakirin


Baru2 ini pihak International Telecomunication Union UUM telah memberi sumbangan sebanyak 8 unit komputer kepada masjid. Sebuah bilik akses komuniti telah ditubuhkan dan dikendalikan oleh belia2 kariah masjid. Semua orang tak kira bangsa dan agama dijemput untuk menggunakan kemudahan capaian internet di bilik ini dari jam 5-10 malam dan dari 10pagi - 10 malam bagi hari ahad dan sabtu.

Sunday, December 12, 2010

AJK Biro Belia membantu mangsa banjir di Kedah

Tiga orang remaja dari kariah masjid As-syakirin, Oran telah menyertai satu kerja amal melalui ABIM Negeri Perlis di bawah program Majlis Belia Negeri Perlis pada Novembar 2010. Program ini bertujuan membantu mangsa banjir di sekitar negeri Kedah. Program satu hari ini turut disertai oleh wakil-wakil NGO negeri yang lain. Biro Belia Masjid As-syakirin, Oran mengucapkan ribuan terima kasih kepada tiga orang anak muda tersebut yang sudi untuk mengorbankan masa menyertai program ini. Diharapkan selepas ini akan ramai lagi remaja yang turut serta dalam program kebajikan seperti ini.
Tiga orang sukarelawan yang sangat komited dilahirkan di Kariah Masjid As-syakirin, dari kanan, Ahmad, Zariq dan Zulfadhli


Barang-barang yang perlu dicuci di salah sebuah rumah mangsa banjir.
Sukarelawan 'in action'

Membersihkan salah sebuah kelas di sekolah yang kena banjir di Megat Dewa, Kedah


Sekolah ini yang menjadi destinasi pertama rombongan sukarelawan belia dari Perlis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...