Tiga orang remaja dari kariah masjid As-syakirin, Oran telah menyertai satu kerja amal melalui ABIM Negeri Perlis di bawah program Majlis Belia Negeri Perlis pada Novembar 2010. Program ini bertujuan membantu mangsa banjir di sekitar negeri Kedah. Program satu hari ini turut disertai oleh wakil-wakil NGO negeri yang lain. Biro Belia Masjid As-syakirin, Oran mengucapkan ribuan terima kasih kepada tiga orang anak muda tersebut yang sudi untuk mengorbankan masa menyertai program ini. Diharapkan selepas ini akan ramai lagi remaja yang turut serta dalam program kebajikan seperti ini.

Tiga orang sukarelawan yang sangat komited dilahirkan di Kariah Masjid As-syakirin, dari kanan, Ahmad, Zariq dan Zulfadhli

Barang-barang yang perlu dicuci di salah sebuah rumah mangsa banjir.

Sukarelawan 'in action'

Membersihkan salah sebuah kelas di sekolah yang kena banjir di Megat Dewa, Kedah

Sekolah ini yang menjadi destinasi pertama rombongan sukarelawan belia dari Perlis