Sponsoring the web

Sunday, August 19, 2012

Malam 27 Ramadhan 1433H

Pada 27 Ramadhan 1433H yang lalu, Masjid telah mengadakan ceramah perdana selepas solat teraweh. Program disempurnakan oleh Dr. Mohd Nasir daripada UiTM Arau menyentuh tentang kepentingan puasa dan isu pendidikan dalam Islam untuk membentuk generasi muslim yang hebat.

Program diteruskan lagi dengan Qiamullaisehingga waktu sahur. Solat sunat tasbih di adakan pada jam 4:15 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Ya'ali bin Dahaman.

Para jemaah dihidangkan dengan sahur selepas solat sunat witir selepas qiamullai.

Ceramah oleh Dr. Mohd Nasir





Thursday, August 16, 2012

Iftar Ramadhan bersama ABIM Perlis dan Majlis Belia Malaysia

Berlangsung pada 28 Julai 2012, Majlis yang cukup meriah ini bermula dengan Kuiz Remaja. Seramai hampir 20 orang remaja dan kanak2 mengambil bahagian.Majlis kemudian menerima ketibaan konvoi motosikal dari pertubuhan belia seluruh negeri Perlis pada jam 6:30 petang.
Penyampaian bantuan sekampit beras kepada anak2 yatim dan fakir miskin yang berjumlah 20 orang penerima disampaikan oleh wakil MB Perlis, YAB Cikgu Khairi bin Hassan ADUN Mata Ayer.
Dalam majlis tersebut, YAB Cikgu Khairi telah melancarkan program MBM dan Abim, kembara Korban ke Kemboja pada Hari Raya Aidil Adha 2012 akan datang.

Majlis bersurai selepas berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Beras untuk sumbangan

Konvoi motosikal berposing di depan masjid








































Sunday, November 13, 2011

Kursus E-Learning & Lawatan dari ITU, Bangkok

Bergambar ramai di depan Pusat Akses Internet Masjid



















Para tetamu dan AJK Masjid menjamu selera

Wakil dsari ITU, Mr Wisit bertanyakan sesuatu kepada En. Hapes, AJK penyelaras Pusat Akses Masjid.


Suasana kursus E-learning yang dijalankan bersama murid2 SK Oran dan anak2 kariah Masjid As-syakirin


Acara bertukar2 cenderamata


Prof. Abd Rashid mewakili masjid menerima cenderamata daripada ITU, Bangkok.

Tuan Imam, Ustaz Ya'ali berbincang dengan AJK Biro IT Masjid.



Ibu bapa dan anak2 mendengar taklimat mengenai program E-learning.



Penceramah dari Kuala Lumpur menyampaikan taklimat tentang program School Box yang akan dilaksanakan di Pusat Akses Internet Masjid.



En. Azizi salah seorang AJK Biro IT Masjid membetulkan Banner program


Sebelum program bermula, En Aziz memberikan taklimat kepada peserta kursus yang hadir.


En. Aziz mengambil gambar peserta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...