Sponsoring the web

Sunday, April 10, 2011

Mesyuarat AJK Biro ICT Masjid As-Syakirin dengan ITU-UUM

Pada 13 Mac 2011, pihak Jawatan Kuasa Biro ICT Masjid As-syakirin telah mengadakan mesyuarat dengan pihak International Telecomunication Union- Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Perbincangan ialah berkenaan program kedua-dua pihak untuk mengadakan satu majlis pelancaran Pusat Akses Internet Komuniti, Masjid As-syakirin, Oran. Pihak ITU-UUM telah menyumbangkan 8 unit komputer untuk tujuan ini kepada Pusat Akses Internet Masjid A-syakirin. Hasil perbincangan, Masjid dan ITU-UUM telah bersetuju untuk mengadakan majlis pelancaran pada 2 April 2011 nanti bertempat di Masjid As-syakirin, Oran.

Bergambar di salah satu bangunan akademik UUM



Suasana dalam bilik mesyuarat di pajabat ITU-UUM




Selepas mesyuarat, semua rombongan AJK Masjid melawat pusat Internet Masjid Kampung tersusun di Sintok seperti disyorkan oleh ITU-UUM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...